Penerbitan Jika Sempat

Menurut Hujan, kebanyakan lagu yang dimuatkan dalam album Jika Sempat ialah koleksi lagu lama mereka yang tidak pernah dikeluarkan. Lagu-lagu tersebut merupakan karya yang tidak digunakan dalam simpanan mereka kerana ia tidak bersesuaian pada tempoh tersebut. Bagaimanapun, kesemua lagu-lagu tersebut menjalani proses rakaman semula vokal selain susunan muzik diperbaharui. Untuk memberi kelainan vokalnya, Noh menghadiri kelas vokal dan menyifatkan sebagai lebih matang.[2]